Assalamualaikum
Alhamdulillah, Syukur saya kepada Maha Pencipta kerana dengan izinNya saya dapat memperkenalkan helaian-helaian daripada koleksi saya sendiri yang telah lama dirancang. Tujuan saya memperkenalkan helaian-helaian ini adalah kerana selama ini saya terasa agak sukar bila mencari baju atau pakaian untuk ke pejabat atau pakaian harian yang berkonsepkan Islamik dan sesuai untuk mereka yang berbadan besar (seperti saya). Kalaupun ada, harganya bagi saya agak mahal dan agak membebankan.
Oleh itu, saya amat mengalu-alukan sokongan anda semua. Semoga semua berpuashati dengan helaian-helaian daripada I. Rosalenda Collections. Himpunan bagi pengenalan ini akan dikemaskini dalam sedikit masa lagi.
No comments:
Post a Comment